KHASIAT
MANDI DAUN BIDARA
Ikhtiar Penyembuh
Gangguan Makhluk Halus
Bahan-bahan
1. Air doa 1 gelas atau lebih
2. 7 helai daun bidara atau lebih untuk setiap satu
2. 7 helai daun bidara atau lebih untuk setiap satu
rawatan.
3. Ais batu (ais kiub) 2 atau 3 kg (2 bag 7-Eleven).
Kaedah penyediaan bahan mandian
3. Ais batu (ais kiub) 2 atau 3 kg (2 bag 7-Eleven).
Kaedah penyediaan bahan mandian
Pilih daun bidara yang segar dan tidak cacat (tidak dirosakkan oleh seranggan atau haiwan). Doa pada daun tersebut.
Tumbuk daun bidara dengan batu atau lesung batu untuk memecahkan dan menghancurkan daun bidara. (Jangan tumbuk sehingga lumat).
Gaul daun bidara yang ditumbuk dalam satu bekas dengan air bersih serta suci. Campurkan satu gelas air doa. Air bancuhan ini digunakan untuk minum dan mandi.
Sebelum mandi, minum sedikit air bancuhan daun bidara dengan air doa sebanyak ¼ (suku) hingga ½ (setengah) gelas. Air lebihannya digunakan untuk mandi.
Jika terdapat masalah/sakit berterusan selepas tiga kali mandi, ulangi mandi mengikut kaedah yang sama jam 11.00 pagi hingga 12.00 malam beberapa kali sehingga masalah reda.
MENGIKUT KEADAAN PESAKIT – Adalah digalakkan rumusan air daun bidara dicampur Ais batu (ais kiub) bagi memulihkan kesihatan (AURA) fizikal pesakit.
Bacaan semasa mengadun air daun bidara – Al-Fatihah 3X, Al-Ikhlas 3X, Al-Falaq 3X, An-Nas 3X (kali) dan Selawat Nabi sebanyak 21 kali).
Kaedah
mandi air doa
Mandi seperti biasa dahulu untuk membersihkan seluruh anggota badan dimulakan daripada kaki. Akhir sekali barulah mandi dengan air rumusan daun bidara, jirus air rumusan di kepala perlahan-lahan hingga basah seluruh badan. Biarkan air mandian kering di badan (jangan lap anggota badan). Ambil wuduk dan terus solat/membaca al-Quran.
Tanda-tanda lain yang
mungkin berlaku selepas mandi air doa:
• Sekiranya terasa sesak nafas
(tepuk belakang antara 2 tulang dayung
beberapa kali).
• Perut rasa mual dan loya/nak muntah, sakit
kepala, muntah dan lemah sendi sendi/seluruh badan).
• Teruskan mandi mengikut kaedah sehingga
selesai 3 hari.
• Semua tanda-tanda tadi adalah suatu proses pemulihan/kesembuhan.
• Dinasihatkan para pesakit perlu kuat
beramal dan membaca al-Quran (surah al-Baqarah)
dan lain-lain.
dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment