Monday, June 18, 2012

JIHAD HATI (MUJAHADAHTUNNAFS)




Sedikit Tazkirah Jumaat
16/6/2012
Fb: Ustaz Halim Zakaria

Salam ukhuwah para sahabat yang dirahmati,

Nasyid, memuji-muji nama Allah suatu perkara yang baik dan dapat memberi sedikit didikkan kepada insan, namun pada pandangan ust. konsep MUJAHADAHTUNNAFS lagi berkesan dalam mengekalkan CINTA SEBENAR KEPADA ALLAH DAN INSAN YANG KITA CINTAI (SUAMI@ISTERI). Kalau banyak berhiburpun, dok asyik dengar lagu atau nasyid akan menghayalkan minda. Baik kita banyakkan MUHASSABAH DIRI TERHADAP DOSA2 KITA YANG LALU, sebagaimana ucapan Syaidina Omar, " Hitunglah diri kamu, sebelum kamu dihitungkan di akhirat".

MUJAHADAHTUNNAFS, terdapat 3 kaedah di sini yang mana  dihuraikan oleh Al Imam Ghazali;

1. TAKHALLI

Bermaksud, mengosongkan, membuang dan menyucikan HATI dari Nafs (nafsu jahat) yang sedang menguasai jiwa kita. Contohnya, NAFS AMMARAH, Firman Allah swt, 012. Yusuf: 53, bermaksud:

"Dan tiadalah Aku berani membersihkan diriku; Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Buang sarang2 Nafs jahat yang ada di HATI – sifat Ego, Ujub, Takabur, tak suka maaf orang lain, fitnah, buruk sangka, cemburu buta, mementingkan diri, jaga tepi kain orang, tak boleh menerima takdir Allah/tak redha, dll.

2. TAHALLI

Bermaksud, mengisi kekosongan HATI yang dibuang tadi dengan sifat-sifat mahmudah (baik), contoh kalau dulu suka sangat kita dengar lagu Ella (rock), sekarang tukarlah kepada nasyid2 yang boleh mendorong ke arah muhassabah diri. Kalau dulu kita tak suka/tak pernah solat Jemaah dengan suami atau isteri atau anak2 di rumah, istikhamahlah terhadapnya dan jadikan rutin kita bersama keluarga jika sudah masuk waktu solat. Selalu mengalunkan zikir munajat, dan bacaan al-Quran dalam rumah…INDAHNYA…SUBHANALLAH. Adakan majlis ilmu di rumah, kalau malu atau segan untuk ke masjid/surau/program agama. Jemput ustaz2/guru yang mursyid untuk bagi tazkirah kepada keluarga. Ust rasa lagi intim kita suami-isteri, malah anak-anak dalam sesebuah keluarga. Yang penting kita selalu dan membiasakan buat kerja ibadah tu.

Barulah kita dapat jiwa yang tenang, redha dan meredhai segalanya. Tak kala itu, tingkat Nafs kita dah meningkat makamnya kepada Nafs Mutmainnah, sebagaimana firman Allah swt.; surah 089. Al Fajr: 27-30, bermaksud;

“27. …."Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

28. "Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

29. "Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia -

30. "Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! "

Kebahagiaan rumah tangga (kasih sayang suami-isteri), bukan terletak pada kekayaan harta benda, walaupun ia merupakan suatu keperluan hidup kini. Tengok apa kata Allahyarham Tan Seri Dr. P.Ramlee. “filem Ahmad Albab”, katanya kepada bapa mertuanya, “kebahagiaan bukan terletak pada kekayaan dan wang…., tapi kebahagian HATI yang suci/sihat/bersih yang ikhlas terhadap Allah swt. Secara tak langsung kita menjadi insan yang tenang. Bila jiwa kita tenang, always ceria je, ada duit/tidak sentiasa tenang, namun dia tetap berikhtiar dan berdoa kepada Allah swt.

Orang tenang adalah yang sihat/suci hatinya, dimana Allah swt berfirman, 026. Asy Syu'araa': 88-89, bermaksud;

88. "Hari Yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,

89. "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang Yang datang mengadap Allah Dengan hati Yang Selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

3. TAJALLI

Bermaksud, merasa indah dan seronok mengamalkan (mengindahkan, mencantikkan, melazimi sifat2 mahmudah (baik), serta merasa kehebatan dan kebesaran Allah swt. Misalnya seorang isteri suka kepada tanam pokok orkid, sesudah dibelinya, dijaga, dibaja, disiram, maka dia berbunga yang cantik… bangun je waktu pagi dia akan siram dan seronoknya melihat bunga orkid yang harum dan cantik itu. Itulah keindahan ibadah yang dimaksudkan. Kalau dia solat, dia seronok sangat, hinggakan menanti waktu tiba dan bukan waktu solat berlalu dan dia solat tergopoh-gapah di penghujungnya waktu solat. Jika kita buat perkara seumpama ini, Solat kita dalam keadaan tenang dan khusyuk, MASYAALLAH… BARAKALLAH. #

Maksud:

MUJAHADAH = berjuang/perjuangan/berjihad mempertahankan Agama Islam

MUJAHADAHTUNNAFS = = berjuang/perjuangan/berjihad melawan hawa nafsu

No comments:

Post a Comment